Kedai Baiki Cermin Kereta.
Cermin kereta merupakan satu komponen yang amat penting untuk sesebuah kereta. Ia termasuklah cermin hadapan, cermin pintu sisi, dan cermin belakang. Terdapat juga beberapa model kereta yang mempunyai cermin bumbung matahari. Setiap cermin kereta merupakan kaca yang diletakkan di bahagian tertentu dan setiap kaca dilapisi dengan lapisan keselamatan. Antara fungsi cermin kereta ialah untuk memberi pemandu pandangan yang jelas dan tidak terhalang, menghalang angin yang dihasilkan semasa memandu daripada masuk ke dalam kereta.
Cermin kereta mempunyai fungsi keselamatan penting dalam memastikan struktur kereta berada dalam keadaan yang baik, seperti menahan siling kereta dari melendud ke dalam kereta. Ia juga dapat membantu menahan tekanan dari beg udara, dan melindungi bahagian dalam kereta daripada hujan, habuk, serpihan, batu dan lain-lain.Dalam insiden kemalangan yang melibatkan kereta dihempap oleh runtuhan atau tiang yang berat, cermin kereta memainkan peranan penting dalam menampung sehingga 40 peratus kekuatan bumbung kereta.
Perkhidmatan Baiki Cermin Kereta
Cermin kereta adalah amat penting bagi pemilik kereta untuk segera menghantar kereta anda ke kedai baiki cermin kereta sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada cermin kereta anda. Kerosakan pada cermin kereta termasuklah keretakan kecil dan keretakan yang besar. Hal ini demikian kerana, cermin kereta yang bermasalah boleh menyebabkan pemandu dan penumpang terpelanting keluar melalui cermin hadapan kereta, sekaligus akan menyebabkan kecederaan kemalangan kereta menjadi lebih parah. Chua Brothers Windscreen Specialist menawarkan khidmat penyelesaian masalah cermin kereta yang berkualiti. Kedai kami terdiri daripada juruteknik yang berpengalaman luas dan cekap dalam perkara ini kerana mereka telah terlibat dalam industri cermin kereta selama lebih dari 20 tahun. Kami amat mementingkan perkhidmatan dan produk berkualiti untuk setiap pelanggan yang datang ke kedai kami untuk penyelesaian masalah cermin kereta mereka. Selain itu, kami juga berbangga untuk bekerjasama dengan pihak pengeluar produk kereta agar setiap produk dan servis yang kami tawarkan setanding dengan keperluan semasa di pasaran. Kami sentiasa berusaha untuk memastikan pelanggan kami pulang ke rumah dengan berpuas hati dan cermin kereta yang menepati ciri keselamatan yang lengkap.
Cawangan Kuala Lumpur (HQ)
Alamat: 133-G, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
Telefon : 03-77280879
E-Mel : cbws@ymail.com