Kedai Cermin Kereta Kepong.

Chua Brothers Windscreen Specialist merupakan salah sebuah kedai cermin kereta Kepong. Kami menawarkan pelbagai servis dan produk yang berkaitan dengan cermin kereta. Ini termasuklah penggantian cermin hadapan kereta, pembaikan cermin hadapan kereta, penggantian cermin sisi kereta, perkhidmatan menggelapkan (tinting) cermin kereta, penggantian cermin bumbung matahari, pembaharuan cukai jalan, pembaharuan insurans kereta, dan banyak lagi.

Cermin kereta ialah salah satu komponen penting untuk sesebuah kereta. Ia merupakan kaca yang mempunyai lapisan keselamatan dan diletakkan pada bahagian hadapan, belakang, dan sisi kereta.

Terdapat juga kereta yang mempunyai cermin bumbung matahari. Setiap daripada cermin memainkan peranan yang penting untuk memastikan keselamatan pemandu dan penumpang kereta terjamin. Ini kerana cermin kereta merupakan komponen yang membenarkan pemandu untuk mendapat pandangan yang jelas dan tidak terhalang ketika sedang berada dalam pemanduan. Ia juga dapat melindungi setiap yang berada di dalam kereta sekiranya kereta tersebut terlibat di dalam kemalangan. Antara perlindungan yang diberikan oleh cermin kereta ialah membantu menahan tekanan dari beg udara, menghalang pemandu atau penumpang dari terpelanting ke luar kereta, dan menahan bumbung kereta dari menghempap mereka yang berada di dalam kereta dalam insiden kemalangan yang melibatkan runtuhan.

kedai cermin kereta kepong
kedai cermin kereta kepong

Fungsi Cermin Kereta

Selain itu, cermin kereta juga mempunyai fungsi selain dari perlindungan semasa kemalangan. Antaranya ialah, perlindungan bahagian interior kereta. Cermin kereta memastikan bahagian dalam kereta terlindung daripada hujan, habuk, serpihan, batu, dan lain-lain. Cermin kereta juga digunakan untuk menghalang angin yang terhasil ketika memandu masuk ke dalam kereta. Cermin kereta yang mempunyai lapisan berwarna gelap (tinted) juga menghalang cahaya UV dari menembusi lapisan kaca sekaligus mengelakkan pemandu dan penumpang dari terdedah kepada cahaya UV yang berlebihan. Kami menawarkan pelbagai khidmat yang berkaitan dengan cermin kereta. Kami sentiasa memastikan yang setiap servis dan produk kami berkualiti dan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak penguatkuasa, di samping memastikan yang kemahuan pelanggan kami dipuaskan. Anda boleh hubungi pihak kami untuk menetapkan janji temu bersama pakar dan juruteknik kami di kedai cermin kereta Kepong kami.

Cawangan Kepong

Alamat: No.19, Jalan 3/62A, Bandar Menjalara, 52100 Kuala Lumpur.
Telefon : 03-62709633
E-Mel : cbwskp@gmail.com